Blog Archive

Thursday, June 18, 2009

Tempahan T-shirt & Uniform

Salam All...
Maaf sangat-sangat sebab jarang update blog. Bz giler..tempahan CekNa pon lom antau lagik..serangan Virus MALAS...tak tahulah kenapa..Bila balik dari kerja je terus nak tido.Macam letih sangat laaa...tapi mmg letih pon. Mcm nak demam.

Haaa... untuk pengetahuan kawan2. MsNiena dah start ambik tempahan T-shirt dan Uniform.Sesiapa yang berminat nak tempah tu sila hubungi MSNIENA. Kita bincang-bincang harga.Beri design anda dan kita akan buat dalam bentuk silkscreen,heat transfer dan juga Emboidery. Selain T-shirt, ader jugak tempahan2 lain yang boleh dibuat seperti beg, apron, tuala dll.

Oklah ekk..kalo ader apa2 pertanyaan, jngan segan2 call atau sms MSNIENA..
ok alll selamatttt semua ekkkk

Tuesday, June 9, 2009

Logo Baru.....cantik?


Hai...Salam sejahtera...

Lamanya tak post new story for my blog nie..Almaklumlah..MsNiena sekarang dah tak duduk kat bahagian Operasi..Dah kena pindah ke Account Department lak...(nie semua sebab Raksasa Besar tu)...Kesian pada Visa sebab kena pindah kat Store Department..Mcm bengang jerk member. Tapi ader seorang geng baru masuk kerja.Ganti tpt MsNiena kat bahagian operation tu.Takpa lahh ..biar dia buat kerja betul2 kat situ. Salesman pon apa lagi...Ulat Bulu sudah naik DAuuunnnnn...Lawo tau orgnyer...Cuma tak der gambar nak syer...

Berbalik kepada cerita logo tadi, hari tu sempena nk buat promosi kat AgroBazaar di MYdin USJ tu, MsNiena ada buat 2 helai apron.Logo baru,kaler hijuan dan purple (kaler koperat AURA REZEKI). Kira cantik lah jugak. Leh nanti silk screen kat T-shirt dan barang2 premium yang lain.Cth(note book, pen,cap,apron dan beg).Hasrat nk beri pada pengedar2 yg sukses menjalankan biz tepong MsNiena nie.Tanda penghargaan MsNiena kepada biznez partner.


Cerita pasal promosi tuh mmg penat tak terkata lah...kena berdiri dari jam 11pg sampai kul 7 ptg. Siap kukus kek lagi kat booth tu.Bg pelanggan merasa sample kek. Ada dua jenis kek yg Msniena sediakan pada hari tersebut iaitu kek Marble dan Chocolate Moist.Keseronokan terasa sangat bila ramai pelanggan yg beli tepung kek tu.Terima Kasih kepada semua yg support MsNiena pada hari tersebut.Jika mahu ulang beli, singgah la di kedai AGROBAZAAR di Mydin USJ.Banyak lagi barang keluaran IKS terjual di situ.Pilih sahaja nak apa.Tapi tak mau cerita banyak...Jemput datang ke AGROBAZAAR MYDIN USJ.Maaf sangat2,camera tertingal pulak di rumah..kesudahannyer tak der lah gambar2 yang boleh di upload di blog ini.

Walaupun penat, sempat lagi tgk midnight kat IOI MALL mlm tu..Cerita Night At Museum 2, Kelakar giler...hilang penat lah kiranya...Malam ahad pergi tgk wayang lagi dengan KYRA ZANEESA -(6tahun /Ank buah).Layan citer katun beb..ALIEN VS MONSTER...Bukan main gembira dapat tgk cerita tuh.Sampai keesokan harinya, ibu Kyra call dan beritahu, cerita tuh bersambung kat rumah satu hari suntuk..(tak habis2 si Kyra bercerita pasal katun tu...)) hahahaha...budak2.Next Project >ICE AGE...Tungguuuuuuuuuuuuuu...
BANNER MS NIENA BAKERS WORLD