Blog Archive

Sunday, June 27, 2010

Pinkish & Greenery

Salam...

Msniena baru sampai dari kampung halaman.Menghadiri majlis pertunangan sahabat baik iaitu Cik ZAHUSHA...Istimewa sempena pertunangan Cik Z nie, Msniena menyumbangkan satu hantaran cupcake bertemakan warna pilihan Green Apple dan Pink..Pink adalah warna kesukaan Cik Z nie..Terimalah pemberian yang tak seberapa ini wahai Cik Z sebagai tanda persahabatan yang tak pernah putus..

MsNiena upload sedikit gambar cupcake hantaran tu di bawah ini. Jika mahu tgk lebih banyak gambar, sila ke lama FB MsNiena ye...









Semoga berjumpa dimajlis perkahwinan Cik Z pula nanti....

Thursday, June 17, 2010

Cuppies & Wedding Cake

Salam...

Msniena nie kalau online FB atau YM tapi senyap jer...maknanyer BZ lah tu...
Mlm nie tadi, siap dah kek perkahwinan Salina...Nak tahu siapa Salina? Panjang ceritanya....Kita pendekkan cerita sudah la....MsNiena tak pernah jumpa Salina..Dia akan berkahwin pada sabtu 19.6.2010 nie...Tempat berlangsungnya majlis tak jauh dr rumah Msniena...AlKisah Salina nie adalah adik ipar kepada kawan lama MsNiena..So kek di bawah nie adalah hadiah perkahwinan untuk Salina khas dari MsNiena...suppriseeeeeeeeeeeeeee.....saja nak sponsor...semoga Salina menerima pemberian yang tak seberapa ini dan berbahagia dalam kehidupan barunya bersama suami tercinta..AMINNNN







Cerita pasal Cuppies tu pulak, Msniena buat khas untuk PARTY TUPPERWARE..hari sabtu nie juga. Berlangsung di rumah Msniena kat Serendah nie..Jemput datang kawan-kawan yang berdekatan.Sudah lama rasanya budaya party mcm nie tak ada. Teringat arwah mak dulu. Dia buat party nie kat umah..ader makan-makan sikit..Tapi masa jemput org tuh tak lah cakap ader party barang-barang..cuma cakap ader makan-makan... Party hari sabtu nie di organizekan oleh Hubby yer...Msniena tak der kat umah..kerjooooo....huhu.selamat berparty....



Wednesday, June 16, 2010

LoLyPopCake

SALAM....

Kenduri lagi kita minggu nie? Kali nie order LolypopCake dr Miza (S.K Sinaran Budi, Rawang) sempena majlis cukur rambut anak nya...Terima kasih banyak2 ya....Semoga selamat sampai ke Gemencheh yer...



Dah siap masuk kotak .Selamat Tinggal....


warna hijau...


kuning...



pink.....
Riuh rendah anak kedidi,
Terbang rendah di air kali
Terima Kasih Daun Keladi,
Kalau suka order lah lagi....

Friday, June 11, 2010

Popcake Mania

Salam Alls....Selamat berhujung minggu ...

Kisah popcake kita kini semakin rancak nampaknye...Highlight kita kepada popcake nie lebih sedikit kerana minat baru nie semakin masuk kedalam hati...Slowly memahami karenah pembuatannya..tak kenal maka tak cinta..kita akan mengenal watak dan perwatakan yang sebenar popcake nie...Seperti biasa akan timbul beberapa masalah kecil dan kadangkala kita jumpai pula teknik-teknik terbaru untuk memperbaiki cara pembuatannya..bagi saya, ia nampak mudah tetapi untuk mendapat hasil kerja yang kemas, ia memerlukan ketelitian yang tinggi.

Kita cuci-cuci mata sedikit, bagi terliuq sikit...hehehehe...Order saja kalo teringin...


siap dah make-up, nak bergambo lah katakan....


Packaging dalam kotak macam nie....leh letak reben bagi lawo...



Last touch-up, letak reben sket. Kalau nak lawa letak reben organza..Nampak lagi comei...Siap untuk delivery ke Ukay Perdana.


Terima kasih Kak Wan Zuraidah dr Ukay Perdana...Sedap katanyer....Jangan lupa order lagi len kali...Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tak sedap bisik kat kiter..hahahahah...

Sunday, June 6, 2010

Kek Hantaran Pertunangan

Salam buat semua...

Alhamdullillah...jemputan kenduri kahwin minggu ini sudah dipenuhi..Jauh juga perjalanan hingga ke Chenderong Balai, Perak kenduri nya...Satu lagi di Bukit Jelutong Shah Alam.Ms Niena memang suka pergi kenduri.Kalau tak ada keuzuran pasti sampai.Tak tahu kenapa, tetapi Ms Niena pernah terbaca bahawa memenuhi undangan walimatul urus tu wajib selagi tidak ada keuzuran. Malah kalau difikir secara logiknya, bukan kah seronok dengan pelbagai acara, makanan yang istimewa, jumpa kawan-kawan dan juga sanak saudara. Juga dapat membina satu jaringan persahabatan dengan kenalan baru.Bukan kah menarik tu?

Kepada sahabat lama SUZANA PARMIN dan pasangannya MOHD AFINDI, Ms Niena mengucapkan tahniah atas perkahwinan kalian.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada KakFizah ( kenalan FB) di Bukit Jelutong atas jemputan kenduri kahwin adiknya.Terima kasih atas layanan dan makanan yg sedap2 belaka..

Berbalik kepada perihal gambar-gambar di bawah ini, Ms Niena nak mengucapkan selamat bertunang kepada pasangan AMIRUL & EFFA (Puchong) dan IZUWAN & AZMIRA (Kuantan).
Kek Fondant berikut adalah sebahagian daripada hantaran pertunangan mereka..Semoga cepat-cepat makan nasik minyak.Jangan bertunang lama-lama sangat.Darah manis dan banyak dugaannye..Walau apapun biarlah kegembiraan mengiringi kehidupan mereka semua..Kita hanya merancang, Allah jua yang memperkenankan jodoh antara kita...Terima Kasih atas tempahan dan kepercayaan kalian...





Tema warna biru & putih. Hantaran daripada Effa buat cinta hatinya Amirul.


Selepas touch up...berpinau mata ku ini melihat sinar bahagia itu. hahaha


Gambar sebelum touch up

Yang nie rumit sket ekk.Kena campur 3 warna sebab warna tema pertunangan Izuwan dan Azmira nie ialah meroon, purple dan silver..idea last call ialah mengecat bunga yang kosong tuh dengan silver airbrush kaler....hahahah..


Penamat bicara , penutup kata

Andai bergenang si air mata,
Jangan dicari pergi buta,
Sudah bertunang dengan si dara,
Teruna jangan rambang mata....

ewahhhh..jawab dik...


BANNER MS NIENA BAKERS WORLD