Blog Archive

Tuesday, January 18, 2011

REMPEYEK AURA BONDA


Suka makan rempeyek? sila cuba resepi di bawah nie ya. Mmg sedap dan rangup.

BAHAN-BAHAN

# 150gram Tepung beras
# 150gram Tepung jagung
# 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
# 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
# 4 ulas bawang putih - dikisar
# 2 ulas bawang kecil(merah)- dikisar
# Segenggam udang kering - dikisar
# Segenggam ikan bilis - dikisar
# 2 tangkai cili kering.basuh dan kisar bersama bawang.Tak perlu rendam.kita nak rempeyek kita nampak pecahan2 cili tu..
# 1 biji telor
# 200ml santan
# sedikit garam dan 1 sudu secukup rasa (maggi)-
# Air ikut cair. (nisbah yg msniena guna 2 cawan adunan rempeyek + 1cwn air)
# Minyak untuk menggoreng.
# Kacang tanah.

CARA-CARA

Campurkan kesemua bahan kecuali kacang tanah.
cuci kacang tanah sedikit-sedikit dan tos..jangan cuci semua kerana takut kacang tak masak kalau dah kembang.
Msniena guna 2 kuali.satu untuk membentuk, satu lagi letak minyak banyak. mula-mula tuang sesenduk adunan rempeyek dan kacang tanah di dalam kuali pertama. kemudian alihkan ke kuali ke 2 untuk proses memasak seterusnya.cara nie lebih cepat. selamat mencuba ya...

CREDIT TO MYRESIPI oleh lan_ieza..msniena dah oter dan buat cara ms niena.apapun mmg sedap dan menjadi.terima kasih..

Saturday, January 8, 2011

MsNiena Recipe

GEMPAKs BANANA CAKE's


Bahan-bahan

(A)
250gm Buttercup / Margerin (MsNiena guna marjerin)
230gm Gula halus ( 200gm untuk kurangkan manis)

(B)
5 Biji telur ayam (guna gred B)

(C)
300gm tepung gandum (guna cap Sauh)
1/2 Sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh baking powder (nak bagi naik)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (nak bagi gebu sket)

(D)
200gm pisang emas / pisang berangan
secubit garam
1/4 sudu teh esen pisang

Cara-cara

1. Pukul A hingga putih dan berkrim
2. Masuk B dan pukul lagi hingga lembut
3. Ayak C dan campur sebati
4. Lenyek pisang dan campur semua bahan D.
5. Masukkan bahan D dan campurkan kedalam adunan di atas. Gaul hingga sebati.
6. Sediakan loyang bergris saiz 9" atau boleh juga guna tin Loaf.
7. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 170 @ 180 degree (mengikut ketuhar anda)selama 50 ke 60 minit (sila guna cake tester untuk tahu kek dah masak atau belum selepas 50 minit, jika masih belum masak sila tambah 10 minit lagi)..bila dah masak, leh lew makann...nyum...nyumm..selamat mencuba.Pls Creadit to me yaa bila guna resepi nie..komen sekali...
SALAM 1 MALAYSIA, SALAM TAHUN BARU

Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan dan kenalan bloger.Baru ada masa MsNiena nak upload blog nie..Sekarang MsNiena dah ada hobby baru, so bz lah sikit nak upload blog sampaikan kawan baik dari Peneng (Maisarah)call dan tanya bila nak update blog.Maisarah nie adalah pengunjung setia blog nie.Terima kasih wahai sahabat ku...
Mulai tahun ini, MsNiena akan menambah ruangan RESEPI untuk kita sama-sama berkongsi hobby nie..kebanyakan resepi adalah koleksi resepi yang MsNiena belajar dalam kelas dan juga resepi-resepi yang telah diambil dari buku, blog @ kawan-kawan dengan olahan semula agar resepi tersebut lebih mengikut citarasa MsNiena dan mudah untuk dibuat.InsyaAllah, semua resepi dijamin jadi..yang tak jadi atau tak sedap memang tak masuk dalam list taw!!!...
Ok , jumpa lagi ya dengan ruangan resepi...sila lihat resepi dlm list kat tepi sebelah kanan tu ya...tak jumpa carik sampai jumpa.

Akhir kalam,
hepy selaluuuuu...
BANNER MS NIENA BAKERS WORLD