Blog Archive

Saturday, March 12, 2011

DOOR GIFT- BAHULU AURA WARISAN

ASSALAMMUALAIKUM...

Bahulu adalah kuih tradisi yang sangat digemari turun temurun. Pada masa dahulu, kuih Bahulu ini sering dihidangkan sebagai hidangan mengalukan kedatangan jemputan sebelum mereka dihidangkan dengan makanan berat atau (hidangan utama) di dalam sesuatu majlis kenduri.Kuih ini juga cukup enak jika dicicah dengan teh atau kopi O..Oleh yang demikian, sebagai meneruskan tradisi, MsNiena telah menyediakan produk baru iaitu DoorGift Bahulu untuk tetamu.Sesuai diberikan kepada jemputan yang hadir memeriahkan majlis kita.

DoorGift Bahulu ini didatangkan lengkap dengan kotak yang cantik.Memang begitu memudahkan pihak tuan rumah untuk memikirkan untuk memberikan Bahulu ini kepada tetamu. Tidak perlu lagi kerja-kerja menyedikan @ membungkus kerepek, beli air kotak, makanan ringan atau gula-gula. Banyak sungguh kerja nak buat sedangkan banyak lagi urusan yang mahu diselesaikan. Jadi, cara paling ringkas, Order sahaja bahulu ini untuk Doorgift. Selain itu ia memudahkan tuan rumah untuk membuat budjet..ini kerana kadangkala membeli makanan ringan, cenderahati atau mcm-mcm lagi barang itu akhirnya terlebih budjet tuan rumah.

Bahulu ini juga nampak lebih ekslusif dan rahsianya hanya tuan rumah yang tahu ya...dengan budjet yang minima pun majlis boleh nampak GeeerrrrRaaaAND sangat....(oppsss jgn riak tau, tak baik) Tapi kenyataan sebenar mmg ramai tuan rumah yang mahu majlis nampak gemilang dan tetamu yang pulang gembira dengan buah tangan @ cenderahati yg diberikan oleh tuan rumah.. ...betul tak betul?

Antara jenis-jenis bahulu yang MsNiena sediakan setakat ini ialah:-

Bahulu KEMBOJA

-Min Order = 300 pcs (RM 2.50)
= 500 pcs (RM 2.40)
= 1000 pcs dan keatas (harga boleh runding)
Saiz bahulu 5.5 inchi (Lebar) X 1.5cm inchi (Tinggi)
Harga termasuk kotak cantik. Tempahan awal (sekurang2nya 2 minggu awal) berserta deposit diperlukan.

Bahulu Kemboja

Bahulu dan kotak

Kotak Putih

Hitam dan Putih


Bahulu Corak Ikan

-Min Order = 300 kotak (RM 1.90)
= 500 kotak (RM 1.80)
= 1000 kotak (Harga boleh runding)
Setiap kotak mengandungi 2 pcs bahulu ikan.
Harga termasuk kotak dan tempahan awal(sekurang2nya 2 minggu) berserta deposit diperlukan.

Saiz Kotak  7" Tinggi x  4'' Lebar
Saiz Kotak  7" Tinggi x  4'' Lebar

Bahulu Ikan. Setiap kotak ada 2 pcs
Saiz ikan lebih kurang panjang 3 inch

Jadi apa tunggu lagi...jangan berlengah, order sahaja. MsNiena boleh settle semua....Insyaallah anda akan rasa sangat berbaloi. Penghantaran sekitar Lembah Klang . Putrajaya, Kajang, Bangi,Puchong , Klang, KL.

Friday, March 11, 2011

Fondant Cake - Purple Theme

Assalammualaikum..
Selamat kepada semua ye..Msniena baru selesai menyiapkan order fondant kek tema purple nie...Rasa seronok jerk buat kek nie..tak der masalah langsung..cuma ilang sebentuk cincin emas..hahhahaha...Kita buat kerja mana lah pakai semua gelang cincin. lagi-lagi mengadun fondant nie..alamat tak licin lah kek customer.Takperlah..nanti2 jumpalah semula cincin tu..

Order dari Dr.Izad (HKL) untuk sepupunya yang akan bertunang pada sabtu 12.3.2011 nie di Sungkai, Perak..Kek butter berwalnut dan coklat chip Msniena gunakan untuk fondant ni.
Semoga kek ini selamat sampai ke Perak dan selamat pula diserahkan kepihak lelaki dan dibawa pula ke MELAKA.....




tq..jumpa lagi...nak pergi nilai sekejap...
BANNER MS NIENA BAKERS WORLD