Blog Archive

Tuesday, April 24, 2012

POLKADOT WEDDING CAKE

SALAM 1 MALAYSIA... Tambatan dua hati kini diikat rapi..22 April 2012 terlaksana hajat ayahnda dan bonda kepada AMIRA dan YEN untuk melangsungkan majlis untuk anaknda tersayang..Terima kasih kepada Mira kerana sudi tempah kek dengan kak Niena ya..Tahniah buat Kak Zaleha dan suami kerana menerima menantu.. Kita cuci-cuci mata ya..tgk si DOT-DOT nie ya..



Untuk tempahan jangan lupa call je ye..0193040475

Thursday, April 19, 2012

My 1st BREAD PUDING

Salam 1 Malaysia..

Malam nie tiba-tiba kerajinan melanda..dekat 3 tahun gak la ada niat nak wat puding roti nie..tgk resepi dah banyak kali, banyak jenis tapi satu pon tak terbuat juga. sebab tak buat? Sebabnya SAYA TAK SUKA MAKAN ROTI!!!..Akhirnya hari ini terlaksana juga impian ini. Berbekalkan resepi yang diambil dari internet, maka bermulalah pembuatannya dengan hampir 70% resepi tersebut diubah suai supaya menepati rasa di tekak ini...DIABETIC patient mmg cerewet sikit bab manis-manis dan menggunakan sumber gula nie...Jom kita tegok gambar hasil adunan penuh kasih sayang nie..hehehehe

Nak resepi? tunggu dulu ek..kita akan perbaiki lagi resepi yang sedia ada..dah comfirm sedap baru kita bagi ya....

Monday, April 2, 2012

KANVAS FRAME FOR SALE

SALAM 1 MALAYSIA..

Adakah anda seorang pencinta seni? Anda penggemar gambar yang unik? atau Adakah anda suka pada gambar2 cupcake yang comel? Jika semua soalan di atas jawapannya YA, atau salah satunya YA..maka segeralah untuk membeli FRAME gambar yang saya jual nie. SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

Ciri-ciri gambar ini:-

saiz frame: 19 inch lebar X 19 inch panjang. ( besar juga nie) sedang elok digantung di dapur comel anda.
jenis frame: KANVAS (ternyata lebih kuat dan tahan lama.tidak mudah rosak dengan penjagaan yg baik.
Jenis pemidang: KAYU

HARGA:  RM 50 sahaja..

CEPAT...CEPAT...CEPAT  siapa CEPAT dia dapat...
Sesuai diberikan kepada kawan2 yang gila buat kek..sebagai membakar semangat dengan sokongan kawan-kawan.
Senang2 gantung saja di dapur anda...pemangkin kepada diri sendiri...tak dapat makan, tengok gambar kek hari2 pon best juga..tapi bulan puasa jangan tengok taw...

terlebih adjust colour pulak.untuk colour yg hampir tepat sila rujuk gambar di bawah.
cahaya putih tengah2 tu tak der sebenarnya,itu flash camera . sila rujuk gambar atas
Bagi mereka yang suka hias rumah ala2 Inggeris tu mmg sesuai sangat..nampak classic dan unik..bagi yang tak berapa berseni mungkin gambar ni nampak biasa.Namun bagi yang ada JIWA..gambar ini ada keunikan tersendiri....

Stock terhad ya kawan-kawan.. macam biasa call 019-3040475.. booking mesti ada RM.. TQ

BUTTERCREAM CUP CAKE

SALAM 1 MALAYSIA..

Entri kali ni cerita tentang cupcake pula.. Saya baru berpindah kekawasan baru.Seperti biasa secara berperingkat ramai jiran-jiran baru yang mula memenuhi barisan rumah berkembar 2 tingkat di SAUJANA RAWANG ini..Saya cukup teruja dengan kehadiran jiran2 baru ni. Jalan SR 3/1C semakin meriah nampaknya. Saya antara yang terawal berpindah kesini sejak bulan Ogos 2011. Tidaklah sunyi sangat dah sekarang. Baru-baru ini, jiran from the next-next door ( Puan SU) mengadakan sedikit kenduri doa selamat kerana masuk rumah baru. Satu panggilan telefon saya dapat dan comfirm Puan SU order Cupcake ButerCream complete dengan dome casing. Special Price buat jiran baru saya nie...harga pengenalan kan..hehehehe..Terima kasih lah ya Puan SU sebab sudi order dengan saya. Jangan lupa order banyak sikit ..bukan apa bior ramai lagi tetamu dapat rasa kek kita..hahahaha..Sila jamu mata ya...










Semoga selamat kehidupan kita semua di taman perumahan ini. Minta di jauhkan segala malapetaka. Ya Allah peliharalah kami semua dari segala keburukan, kejahilan dan kemaksiatan yang membawa kepada kemurkaanMu. Berikan kami kehidupan penuh kerahmatanMU, keredhaanMU dan ukwah antara kami terjaga dengan baik... AMIN..

KEK CHOCLATE MOIST SPECIAL JAN-MAC 2012

Salam Semua..
macam biasa juga sepanjang tahun lalu dan juga bersambung lagi untuk kali ini, gambar choclate kek tidak akan habis2 ditayangkan..gambar yang masuk blog nie juga adalah tanda penghargaan buat semua pelanggan yang menempah kek dari saya. Ia juga sebagai tanda kenangan sebelum kek menjadi hadam didalam usus kecik dan besar...hehehhehe..

Gambar kek nie adalah kek2 yang di tempah sepanjang bulan JAN- MAC yaa....Kira Combo picture..Almaklum kita nie rajin sangat nak mengupload Blog...FAHAM2 ajelaaaa...

ORDER DARI USTAZAH ROZIAH.(S.K TUNTEJA RAWANG. KEK UNTUK BESDAY SUAMINYA.

letak buah atas dia..nyummyyyy

KEK CHOCLATE PRALINE


KEK NIE DIBUAT KHAS UNTUK KAK WAN ZURAIDAH. SAJA HADIAHKAN UNTUK SAUDARA MARA DI MAJLIS PERKAHWINAN ADIKNYA.


KEK YANG NI PULAK DITEMPAH OLEH CIKGU ADAM (TAMAN PELANGI RAWANG)



Sekian dulu gambo kek.lambat sangat proses menguploadnya..naik lenguh dah duduk membengkok depan laptop nie..kalo baking dah dapat dekat 200 bijik mufin kalo ambik masa selama ini...(mcm nyesal tak nyesal la jugak)..Cepat sikit call saya untuk order apa2 jenis kek. Bagi saya kerja dan menyibukkan diri sikit..hahahahha...
 Mcm biasa call saya 019-3040475..untuk order cake dan muffin atau tepong kek segera MsNiena...nak ajak gi tgk wayang pon okey jugak..hikhikhik ..upssss!

MUFFIN VANILLA & COKLAT

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia...

YA RABBI! mcm dah bersawang laman sesawang milik Ms Niena nie..tengok sajalah, tahun 2012 baru 1 entri dimasukkan...mintak maaf banyak-banyak wahai semua rakan taulan dan juga rakan seperlawanan..Almaklum sajalah, bulan demi bulan mmg banyak sangat dugaan.MAC adalah bulan yang sangat mencabar. Kes kena tipu dengan DATIN NGOK NGEK...sakit hati taw..Kawan2 semua berhati2lah jika ada seseorang wanita yang mengaku DATIN nak jual barang murah2 atau nak borong jualan puan2 semua . Biar berniaga mintak bayaran cash on delivery.Tapi bukan semua DATIN tak leh dipercayai..sebab dia lah DATIN lain terpalit sama ya...lantak lah dia, bior dia duduk dengan bahagia dalam LOCK-UP sana.Nak main2 dengan kita..Rasakanlah derita menipu org tu ya...

Lupakan DATIN NGOK NGEK nie..kita tgk pula gambar2 penyedap mata dan tekak nie.MUFFIN VANILA & COKLAT ...cehhhhh mcm tajuk drama yang hot kat TV tu ek..Puan Rohana dari Puchong order muffin nie sempena kenduri pertunangan adik kesayangan nya. Kira kakak sponsorlah ya..bertuah jadi adik kesayangankan.Terima kasih ye Na order mufin nie.Tolong promote sket ke kawan2 tuh.










Jika nak order jangan segan2 call Ms Niena ya. 019-3040475..nak tanya2 dulu pun ok.
BANNER MS NIENA BAKERS WORLD