Blog Archive

Sunday, December 30, 2012

PROMOSI COKLAT MOIST CAKE - EXCLUSIVE DOORGIFT





SALAM 1 MALAYSIA....


Yang bukan dari Malaysia juga diucapkan selamat malam....
Sempena musim kenduri kendara nie, Ms Niena ingain mempromosikan DOOR GIFT EXCLUSIVE yang sesuai diberikan kepada para tetamu yang hadir kemajlis anda. Tidak kira majlis apa pun, yang penting ada buahtangan yang istimewa buat mereka.

Door gift ini mengandungi COKLAT MOIST KEK (beserta coklat ganache dan coklat rice) yang dikukus didalam bekas plastik (micowavesafe) bersaiz empat segi. Harga yang ditetapkan bagi kek ini ialah RM3.00 (bwh 500 pcs) dan  RM 2.80 (500 pcs keatas).. Tambahan RM 1.00 untuk kotak yang ekslusif seperti di dalam gambar. Terdapat dalam dua warna iaitu GOLD dan SILVER. Berat lebih kurang 180 ke 200 grm.

. Memang mengancamlah..berbaloi-baloi dengan harga.Kenduri pon nampak Gerrrreeeennnn Gituuuuu...kihkihkih... Ehhh mestilahkan ..Packaging nampak mewah..kek di dalamnya pulak cukup menyengat rasa coklat. Gebu dan mantop kek dan topping coklatnya..hitam  pekat melekat rasanya....kalo tak percaya cer cuba oder....

No nak order mcm biasa yer ..019-3040475 ms niena...sila-sila...

Saturday, December 1, 2012

KELAS ROTI BERSAMA CIK AZLINA

SALAM 1 MALAYSIA,
Baru-baru ini saya telah mengikuti kelas membuat roti di Batu 18 Hulu Langat.Terima kasih dan setinggi penghargaan buat kawan baik Cik Azlina. Kami mula bertemu dahulu sewaktu mengikuti kursus dekorasi kek selama seminggu anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Selangor. Hubungan persahabatan tersebut terus kukuh sehingga kita. Program tersebut terus menghubungkan kami dengan kawan-kawan yang lain. Malah ketika kelas pembuatan roti ini pun ramai kawan-kawan lama turut serta..ibarat majlis re-union adanya..

Cik Azlina nie memang mempunyai bisnes roti dan kek. Jadi beliau dengan senang hati memberikan sedikit ilmu yang ada kepada kami untuk sama-sama menimba ilmu. Jika puan-puan diluar sana berminat bolehlah memberi tahu saya jika ingin belajar.Saya akan panjangkan perkara ini kepada beliau.

Kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil ketika sessi pembelajaran tersebut.













BANNER MS NIENA BAKERS WORLD