Blog Archive

Thursday, May 31, 2012

DOORGIFT MUFFIN IMRAN & ELMA

SALAM 1 MALAYSIA..

Bergelojak hati nak tengok AMUKAN POCONG kat TV3.Tapi nak upload gambar-gambar kat blog nie punya pasal, dengar suara je lah ye..Takpa nanti leh tgk dekat TONTON.COM.. Baru-baru ini pada 26.05.12, telah berlangsung majlis gilang gemilang pasangan IMRAN dan ELMA di Ukay Perdana. Imran adalah anak kepada sepupu kita (Wan Zuraidah dan Raja Suleiman). Majlis menyambut menantu ini meriah sungguh. Isteri Imran nie pula berasal dari negeri dibawah bayu SABAH. Dapat orang jauh....tapi dekat di hati yer tak? Terima kasih banyak-banyak pada K.Wan kerana sudi menempah kek muffin pelbagai perasa sebagai doofgift perkahwinan ini. Sokongan K.Wan amat-amat dihargai. Minta maaf jika ada kekurangan dan tolong-tolong promosikan pada kawan-kawan yang lain.


Proses-proses pembikinan mufin yang di tempah sehinggalah gambar pengantin terlibat sekali dalam ini blog...
sila-sila contact Ms Niena 019-3040475 untuk pertanyaan dan tempahan muffin ini ya..

HARI GURU TERISTIMEWA

SALAM 1 MALAYSIA... Sambutan Hari Guru berlangsung penuh meriah di sekolah-sekolah yang menyambutnya.Kebiasaannya acara memotong kek adalah salah satu acara gemilang dalam sambutan hari guru. Guru diraikan bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka mendidik kita menjadi insan berguna. Dengan rasa syukur, sahabat saya En Amin Dahari telah menempah kek-kek di bawah  ini untuk disumbangkan kepada guru-guru SEKOLAH KEBANGSAAN SG BULUH dan juga sekolah anakndanya iaitu SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

Kek untuk SK SG BULUH ini seberat lima kilogram (5KG)..




Kek berbentuk buku ini pula seberat tiga kilogram (3KG)



Semoga semua guru berpuas hati dengan hasilan kek ini. Ribuan terima kasih kepada En AMIN DAHARI dan isteri kerana sudi menempah kek ini. Semoga tangan yang memberi lebih diberkati dan tangan yang menerima juga mendapat manfaat atas keikhlasan dan kasih sayang yang diberi. SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru . "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


Thursday, May 17, 2012

AZAM NIAGA 1 MALAYSIA

SALAM 1 MALAYSIA...

Malam baru boleh online ya....sabo jerk laa..ngantuk jugak nie..tapi awal lagi kalau ikut jadual seharian nie..pinggang pun sakit-sakit...bila nak baik tak tahu laa..

Cerita menarik kali ini ialah berkisar kepada majlis penyampaian barangan AZAM NIAGA 1 MALAYSIA. Jabatan Pembangunan Wanita negeri Selangor sebagai pelaksana program ini telah mengadakan majlis ini di DEWAN NUR SUBANG, Sri Damansara pada 16 May 2012 lalu. Dato' Noriah Bt Kosnan adalah tetamu kehormat pada hari tersebut.

Tidak apa perkataan yang dapat diungkapkan selain dari TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Kementerian @ pihak kerajaan atas pemberian ini. Antara barangan yang Ms Niena terima di majlis ini ialah sebuah Industrial Oven, Industrial Mixer dan juga sebuah Sealer. Syukur ALHAMDULILLAH..

Oleh yang demikian, AURA REZEKI ENT dapat melangkah setapak lagi kehadapan dengan bertambahnya peralatan-peralatan baru ini. Kini kami telah mempunyai 2 buah Industrial Oven yang dapat menampung kapasiti pengeluaran yang agak banyak berbanding dengan hanya sebuah sebelum ini. Kami berharap agar AURA REZEKI ENT akan terus maju dan dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan perkhidmatan kami. Kami juga merancang untuk menambah produk-produk keluaran kami seperti roti, kek butter slice dan fondant ready made untuk masa akan datang InsyaALLAH.

AURA REZEKI ENT juga mengalu-alukan tempahan dari pelanggan-pelanggan baru mahupun yang sedia ada. Insyaallah kami dapat memenuhi permintaan anda. Kami ini ibarat anak kecil yang perlukan dorongan dan sokongan juga kasih sayang anda untuk terus  mendewasakan kami.

Kita lihat dulu peralatan perniagaan yang telah MsNiena terima.


Maka, Azam Niaga 1 Malaysia nie  telah memberikan semangat dan juga keazaman untuk terus maju dalam bidang perniagaan bakeri ini.

Wednesday, May 16, 2012

PHOTOSHOOT MINGGUAN WANITA

Salam 1 Malaysia...
Terima kasih kepada kawan-kawan bloger yang terus memberi sokongan selama ini.. Sejak kebelakangan ini, traffic blog MsNiena nie nampak macam meriah sikit..tak tau yang datang berkunjung dari mana. Apa pun terima kasih sekali lagi kepada kawan-kawan yg sudi berkunjung. Kalau nak lebih mesra, tinggalkan msg di mesg box..boleh heloo-hellooo nanti..

Cerita kali ini adalah kisah pengambaran (photoshoot) untuk majalah yang sangat disukai oleh kaum hawa..MINGGUAN WANITA...Pada 12.5.2012 yang lepas, pengambaran telah dilakukan di rumah Msniena..sebanyak 13 resepi kek dan pencuci mulut telah dipersembahkan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan di luar sana. Semoga akan-rakan semua berjaya menghasilkan kek dan pencuci mulut dengan menggunakan resepi yang bakal diberi nanti.Tarikh majalah MW yang ada resepi ini akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada wartawan Puan Intan Rohaizat dan Photografer  En Ayie. semoga SUKSES...



Apapun kita tunggu ya....harap bersabar ya kawan-kawan semua...
bye...nak titun...sengguk-sengguk dah nie kat meja tunggu uplod gambo nie...
wassalam..
BANNER MS NIENA BAKERS WORLD