Blog Archive

Thursday, May 17, 2012

AZAM NIAGA 1 MALAYSIA

SALAM 1 MALAYSIA...

Malam baru boleh online ya....sabo jerk laa..ngantuk jugak nie..tapi awal lagi kalau ikut jadual seharian nie..pinggang pun sakit-sakit...bila nak baik tak tahu laa..

Cerita menarik kali ini ialah berkisar kepada majlis penyampaian barangan AZAM NIAGA 1 MALAYSIA. Jabatan Pembangunan Wanita negeri Selangor sebagai pelaksana program ini telah mengadakan majlis ini di DEWAN NUR SUBANG, Sri Damansara pada 16 May 2012 lalu. Dato' Noriah Bt Kosnan adalah tetamu kehormat pada hari tersebut.

Tidak apa perkataan yang dapat diungkapkan selain dari TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Kementerian @ pihak kerajaan atas pemberian ini. Antara barangan yang Ms Niena terima di majlis ini ialah sebuah Industrial Oven, Industrial Mixer dan juga sebuah Sealer. Syukur ALHAMDULILLAH..

Oleh yang demikian, AURA REZEKI ENT dapat melangkah setapak lagi kehadapan dengan bertambahnya peralatan-peralatan baru ini. Kini kami telah mempunyai 2 buah Industrial Oven yang dapat menampung kapasiti pengeluaran yang agak banyak berbanding dengan hanya sebuah sebelum ini. Kami berharap agar AURA REZEKI ENT akan terus maju dan dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan perkhidmatan kami. Kami juga merancang untuk menambah produk-produk keluaran kami seperti roti, kek butter slice dan fondant ready made untuk masa akan datang InsyaALLAH.

AURA REZEKI ENT juga mengalu-alukan tempahan dari pelanggan-pelanggan baru mahupun yang sedia ada. Insyaallah kami dapat memenuhi permintaan anda. Kami ini ibarat anak kecil yang perlukan dorongan dan sokongan juga kasih sayang anda untuk terus  mendewasakan kami.

Kita lihat dulu peralatan perniagaan yang telah MsNiena terima.


Maka, Azam Niaga 1 Malaysia nie  telah memberikan semangat dan juga keazaman untuk terus maju dalam bidang perniagaan bakeri ini.

1 comment:

Ms Niena said...

berazam penuh tekad untuk berjaya...

BANNER MS NIENA BAKERS WORLD