Blog Archive

Thursday, May 31, 2012

HARI GURU TERISTIMEWA

SALAM 1 MALAYSIA... Sambutan Hari Guru berlangsung penuh meriah di sekolah-sekolah yang menyambutnya.Kebiasaannya acara memotong kek adalah salah satu acara gemilang dalam sambutan hari guru. Guru diraikan bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka mendidik kita menjadi insan berguna. Dengan rasa syukur, sahabat saya En Amin Dahari telah menempah kek-kek di bawah  ini untuk disumbangkan kepada guru-guru SEKOLAH KEBANGSAAN SG BULUH dan juga sekolah anakndanya iaitu SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

Kek untuk SK SG BULUH ini seberat lima kilogram (5KG)..




Kek berbentuk buku ini pula seberat tiga kilogram (3KG)



Semoga semua guru berpuas hati dengan hasilan kek ini. Ribuan terima kasih kepada En AMIN DAHARI dan isteri kerana sudi menempah kek ini. Semoga tangan yang memberi lebih diberkati dan tangan yang menerima juga mendapat manfaat atas keikhlasan dan kasih sayang yang diberi. SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru . "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


No comments:

BANNER MS NIENA BAKERS WORLD