Blog Archive

Sunday, June 6, 2010

Kek Hantaran Pertunangan

Salam buat semua...

Alhamdullillah...jemputan kenduri kahwin minggu ini sudah dipenuhi..Jauh juga perjalanan hingga ke Chenderong Balai, Perak kenduri nya...Satu lagi di Bukit Jelutong Shah Alam.Ms Niena memang suka pergi kenduri.Kalau tak ada keuzuran pasti sampai.Tak tahu kenapa, tetapi Ms Niena pernah terbaca bahawa memenuhi undangan walimatul urus tu wajib selagi tidak ada keuzuran. Malah kalau difikir secara logiknya, bukan kah seronok dengan pelbagai acara, makanan yang istimewa, jumpa kawan-kawan dan juga sanak saudara. Juga dapat membina satu jaringan persahabatan dengan kenalan baru.Bukan kah menarik tu?

Kepada sahabat lama SUZANA PARMIN dan pasangannya MOHD AFINDI, Ms Niena mengucapkan tahniah atas perkahwinan kalian.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada KakFizah ( kenalan FB) di Bukit Jelutong atas jemputan kenduri kahwin adiknya.Terima kasih atas layanan dan makanan yg sedap2 belaka..

Berbalik kepada perihal gambar-gambar di bawah ini, Ms Niena nak mengucapkan selamat bertunang kepada pasangan AMIRUL & EFFA (Puchong) dan IZUWAN & AZMIRA (Kuantan).
Kek Fondant berikut adalah sebahagian daripada hantaran pertunangan mereka..Semoga cepat-cepat makan nasik minyak.Jangan bertunang lama-lama sangat.Darah manis dan banyak dugaannye..Walau apapun biarlah kegembiraan mengiringi kehidupan mereka semua..Kita hanya merancang, Allah jua yang memperkenankan jodoh antara kita...Terima Kasih atas tempahan dan kepercayaan kalian...





Tema warna biru & putih. Hantaran daripada Effa buat cinta hatinya Amirul.


Selepas touch up...berpinau mata ku ini melihat sinar bahagia itu. hahaha


Gambar sebelum touch up

Yang nie rumit sket ekk.Kena campur 3 warna sebab warna tema pertunangan Izuwan dan Azmira nie ialah meroon, purple dan silver..idea last call ialah mengecat bunga yang kosong tuh dengan silver airbrush kaler....hahahah..


Penamat bicara , penutup kata

Andai bergenang si air mata,
Jangan dicari pergi buta,
Sudah bertunang dengan si dara,
Teruna jangan rambang mata....

ewahhhh..jawab dik...


No comments:

BANNER MS NIENA BAKERS WORLD