Blog Archive

Saturday, January 8, 2011

MsNiena Recipe

GEMPAKs BANANA CAKE's


Bahan-bahan

(A)
250gm Buttercup / Margerin (MsNiena guna marjerin)
230gm Gula halus ( 200gm untuk kurangkan manis)

(B)
5 Biji telur ayam (guna gred B)

(C)
300gm tepung gandum (guna cap Sauh)
1/2 Sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh baking powder (nak bagi naik)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (nak bagi gebu sket)

(D)
200gm pisang emas / pisang berangan
secubit garam
1/4 sudu teh esen pisang

Cara-cara

1. Pukul A hingga putih dan berkrim
2. Masuk B dan pukul lagi hingga lembut
3. Ayak C dan campur sebati
4. Lenyek pisang dan campur semua bahan D.
5. Masukkan bahan D dan campurkan kedalam adunan di atas. Gaul hingga sebati.
6. Sediakan loyang bergris saiz 9" atau boleh juga guna tin Loaf.
7. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 170 @ 180 degree (mengikut ketuhar anda)selama 50 ke 60 minit (sila guna cake tester untuk tahu kek dah masak atau belum selepas 50 minit, jika masih belum masak sila tambah 10 minit lagi)..bila dah masak, leh lew makann...nyum...nyumm..selamat mencuba.Pls Creadit to me yaa bila guna resepi nie..komen sekali...

No comments:

BANNER MS NIENA BAKERS WORLD